10 Idea Resipi Menu Berbuka Puasa yang terbaik dan sedap

1. Resipi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa


Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 biji bawang putih dicincang halus
  • 5 biji bawang merah dicincang halus
  • 8 tangkai cili merah dicincang halus
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • 2 kerat nenas dipotong dadu
  • 2 sudu besar cili boh
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh dan tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang dan goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah dan goreng lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili merah yg telah dicincang tadi dan goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
  4. Masukkan tomato, sos tiram, sos ikan, gula, garam, tepung jagung yang telah dibancuh dgn air.
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

2. Resipi Sambal Tumis Sotong


Bahan-bahan

  • 10 ekor Sotong
  • 20 biji cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 keping asam keping
  • 1 biji bawang besar hiris bulat
  • 5 biji tomato ceri dipotong dua
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Kisar cili dan bawang bawang.
  2. Tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing.
  3. Masukkan gula dan kacau lagi sehingga garing dan keluar minyak.
  4. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos hingga kering.
  5. Masukkan garam, asam keping dan goreng sehingga air sotong menjadi kering.
  6. Masukkan bawang besar dan tutup api apabila bawang layu dan sambal kembali kering serta pecah minyak.
  7. Masukkan tomato ceri dan gaul rata.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

3. Resipi Pari Asam Pedas


Bahan-bahan

  • 4 sudu besar cili boh rendam cili kering, tos dan kisar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
  • 250 gram ikan pari dipotong kecil
  • 2 tangkai daun kesum
  • sayur masin jika suka
  • 6 batang bendi
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • serbuk lada hitam secukup rasa


Bahan tumbuk

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit

Cara-cara

  1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
  3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
  4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dan kecilkan api. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
  5. Masukkan bendi dan biarkan seketika sehingga bendi masak.

4. Resipi Sup Ikan Merah


Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 butir pelaga
  • 5 biji lada hitam ditumbuk
  • 1 bunjut sup ikan Adabi
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
  2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
  3. Masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
  4. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
  5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

5. Resipi Ayam Masak Paprik


Bahan-bahan

  • 4 ketul ayam dihiris kecil
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dibelah dua dan dihiris bulat kasar
  • 1 biji cili merah dihiris serong
  • 11 biji cili api dipecah-pecahkan aje
  • 2 helai daun limau purut disiat-siat
  • bunga kobis dihiris kecil
  • 2 biji putik jagung dihiris serong
  • 1/2 biji Lobak merah dihiris serong
  • 2 tangkai kacang panjang dipotong 1 inci
  • 2 sudu besar cili kering dikisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air.
  8. Tutup api dan hidangkan.


6. Resepi Sambal Tumis Daging


Bahan-bahan

  • 600 gram daging dihiris nipis
  • 5 sudu besar cili kering dikisar
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa


Bahan kisar

  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan menjadi kekuningan.
  2. Masukkan cili yang telah dikisar kemudian tumiskan sehingga pecah minyak serta agak garing.
  3. Seterusnya masukkan daging, kacau supaya daging sebati dengan sambal.
  4. Gunakan api sederhana besar. Selepas 3 minit, daging akan mengeluarkan air, hendaklah dimasak sehingga air daging tersebut kering.
  5. Masukkan secawan air dan kacau sehingga rata.
  6. Bila kuah sudah mendidih, kecilkan api dan tutup periuk.
  7. Biarkan daging mereneh sehingga kuahnya pekat dan daging empuk.
  8. Jika daging masih kurang empuk, boleh ditambah secawan air lagi dan biarkan mereneh dengan api yang perlahan.
  9. Masukkan garam kemudian kacau sehingga sebati.
  10. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.


7. Resepi Kari Ikan Talang Masin Tumis Darat


Bahan-bahan


  • 800 gram ikan talang masin dipotong kecil
  • 1/2 biji nenas dihiris lebar
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil perencah kuah TUMIX
  • 2 tangkai cili hijau

Bahan kisar

  • 60 gram serbuk kari ikan masin
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar pati asam jawa
  • 2 cawan air

Bahan tumis darat

  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 2 tangkai daun kari dilurut daunnya
  • 2 sudu besar halba campur
  • 2 tangkai daun kari – dilurut daunnya
  • 2 sudu besar halba campur

Cara-cara

  1. Rendam ikan kering talang yang telah dipotong bersama air dan 2 sudu kecil garam halus selama lebih kurang 30 minit untuk menghilangkan rasa masin pada ikan kering talang tersebut (petua orang dulu-dulu). Selepas 30 minit, cuci bersih dan ketepikan.
  2. Masukkan ikan kering di dalam kuali bersama bahan kisar. Masukkan 1 cawan air dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih.
  3. Selepas kuah mendidih, masukkan santan diikuti dengan nenas. Masukkan gula dan perencah kuah TUMIX. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sekali lagi. Tutup api.
  4. Di dalam kuali yang lain, panaskan minyak. Tumis bahan-bahan untuk tumis darat sehingga bawang bertukar menjadi kekuningan. Ketika masih panas, curahkan bahan-bahan tumis beserta minyak tumisan ke dalam kuali kari tadi. Taburkan hirisan cili hijau. Tutup kuali supaya aromanya tidak keluar.
  5. Sebelum menghidang, terlebih dahulu kacau kuah kari supaya bergaul mesra dengan bahan-bahan tumisan darat tadi.

8. Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai


Bahan-bahan

1 mangkuk ikan bilis
4 papan petai
1 mangkuk cili kering dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
1 cm halia tak letak pun takper
1/2 keping asam keping boleh juga guna air asam jawa
2 sudu besar gula
garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Kisar semua bawang dan halia berserta cili.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar-benar masak.
  3. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
  4. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping.
  5. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

9. Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan

  • 1 kg siput sedut
  • 2 batang serai dititik
  • 500 ml santan

Bahan kisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • 15 tangkai cili api

Cara-cara

  1. Siput sedut di berus hingga bersih.
  2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
  3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
  4. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga harum.
  5. Masukkan santan, serai dan siput.
  6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak.
  7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.

10. Resepi Udang Masak Tempoyak Pedas



Bahan-bahan

  • 10 ekor udang dibuang kulit
  • 2 papan petai
  • 1 helai daun kunyit dihiris halus
  • 1 batang serai dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 sudu besar tempoyak
  • 1/4 cawan santan
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

  • 2 tangkai cili merah
  • 15 tangkai cili api
  • 1 batang serai
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis serai titik hingga harum.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tempoyak, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil dan kacau selalu.
  4. Masukkan petai dan santan, kacau dan bila mendidih, masukkan udang dan asam gelugor.
  5. Gaul rata dan masak hingga pekat.
  6. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  7. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, kacau dan masak sekejap.

Post a Comment

2 Comments